Wednesday, November 5, 2014

Lima sebelas

Rabu lima sebelas yang lepas
hanya ucapan
tiada sambutan

maaf untuk lelaki itu
kerja kerapkali mencuri masaku untuk bersamamu
walau begitu
tarikh keramat itu tidak pernah kulupa
kerana
kau juga sebahagian dari jiwaku

selamat panjang umur kudoakan
moga kau baik-baik sahaja
sayang yang sama macam selalu
ikhlas dariku untukmu

Monday, November 3, 2014

Tiga satu sepuluh

tiga satu sepuluh tahun yang lepas
lewat tarikh satu minggu dari yang sepatutnya
bidadari telah hadir
syukur atas anugerahNya
kini lengkap berempat
ayah, ibu abang dan adik

tiga satu sepuluh tahun ini
genap setahun
walaupun kecil tapi sihat
kuat manja dan mengada
namun kami tetap sayang
sebab kita adalah keluarga

selamat ulangtahun kelahiran 
adik
bidadari 
bumpel
yayaya
elsa damia

moga sentiasa sihat dan gembira
jadi bekalan untuk ibu dan ayah
untuk sampai ke syurga
in sya Allah


Wednesday, October 29, 2014

M

M untuk malas
ya ... aku memang malas
jasad ada tetapi fikiran melayang

Tuesday, October 28, 2014

Konflik

kau datang dan pergi
tak perlu kuseru dan tak pernah kuduga
kadangkala aku kuat
kadangkala aku lemah
kerapkali aku pasrah
aku takut dan gentar
bimbang tersilap langkah
risau tersalah nilai
bagaimana
kenapa dan mengapa
aku diuji demikian rupa
mungkin ini petanda
bahawa aku terlupa
tentang kuasaNya

Wednesday, October 1, 2014

Amanah


Eiman Danial
Eiman : Protector/Wealthy 
Danial : Name of Prophet
D.O.B: 30 August 2010


Elsa Damia
Elsa : Truth/Noble
Damia : Wise
D.O.B: 31 October 2013

Tuesday, September 30, 2014

Kembali

aku cuba untuk kembali tulis
luahkan yang tersirat
doakan untuk aku terus cekal
kadang-kadang
aku sendiri pun tak faham
kenapa dan mengapa
malas itu perlu hadir
atau
memang aku yang lemah
selalu dengar bisikan iblis

Sunday, May 20, 2012

Amuk

Kenapa perlu amuk? Menapa begitu sukar mengawal amarah lebih2lagi pada yang tersayang? Ye, benar marah tanda sayang...