kau datang dan pergi
tak perlu kuseru dan tak pernah kuduga
kadangkala aku kuat
kadangkala aku lemah
kerapkali aku pasrah
aku takut dan gentar
bimbang tersilap langkah
risau tersalah nilai
bagaimana
kenapa dan mengapa
aku diuji demikian rupa
mungkin ini petanda
bahawa aku terlupa
tentang kuasaNya
No comments:
Post a Comment